HomeUtamaKPDNHEP Sabah Berjaya Selesai Aduan Kepenggunaan Sepanjang Tahun Lalu

KPDNHEP Sabah Berjaya Selesai Aduan Kepenggunaan Sepanjang Tahun Lalu

Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU : Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah telah menerima sebanyak 1,453 aduan melibatkan pelbagai aduan kepenggunaan  di negeri ini sepanjang tahun lalu.

KPDNHEP Sabah dalam satu kenyataan berkata, dari jumlah itu sebanyak 546 aduan atau 37.58 peratus adalah melibatkan aduan berkaitan dengan transaksi atas talian.

“Semua aduan yang diterima termasuk aduan transaksi atas talian telah disiasat dan diselesaikan.

“Manakala bagi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Cawangan Sabah, sebanyak 32 kes tuntutan pada tahun lalu adalah melibatkan ‘online shopping’,” kata kenyataan itu sempena Sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022.

Pelancaran sambutan itu disempurnakan Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas yang mewakili Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya.

KPDNHEP Sabah dalam kenyataan itu turut berkata, daripada 32 kes tuntutan, sebanyak 30 kes tuntutan ‘online shopping’ telah diselesaikan membabitkan nilai tuntutan berjumlah RM42,952.50.

Katanya, adalah menjadi harapan KPDNHEP agar para pengguna khasnya di Sabah dapat sama-sama memainkan peranan masing-masing untuk menyokong semua inisiatif Kerajaan dan aktiviti yang telah dirangka.

“Usaha bersama pihak Kerajaan dan orang ramai akan mewujudkan komuniti pengguna yang menyedari hak mereka, mampu membuat keputusan yang tepat terutamanya apabila berkaitan dengan transaksi wang ringgit dan lebih bijak berbelanja.

“KPDNHEP juga berharap agar pengguna turut serta bersama arus teknologi digital dan seterusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kepenggunaan digital lebih-lebih lagi dari sudut keselamatan dan perlindungan dari ancaman scam, penipuan, penggodam dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

KPDNHEP telah menetapkan sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan di seluruh negara pada bulan Mac 2022. Bulan ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti dan program berkenaan kepenggunaan.

Objektif Bulan Pengguna Kebangsaan adalah untuk memperkasa pengguna agar menjadi lebih cakna dan berdaya upaya dalam pelbagai aspek terutamanya aspek perlindungan pengguna.

Tema bagi Hari Pengguna Kebangsaan pada tahun ini yang telah ditetapkan adalah Digitalisasi Pengguna bersesuaian dengan tema sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (HHPS) iaitu “Fair Digital Finance” atau kesaksamaan dalam kewangan digital.

Ia menumpukan kepada kesaksamaan dan perlindungan dalam aktiviti kewangan secara dalam talian.

Pemilihan tema ini bertepatan dengan senario pandemik COVID-19 di mana sebahagian besar transaksi bayaran, jual beli dan sebagainya dilakukan tanpa sentuhan dan transaksi dalam talian adalah platform yang paling selamat dan efisien.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular