HomeUtamaSabah mansuh borang isytihar kesihatan di pintu masuk 

Sabah mansuh borang isytihar kesihatan di pintu masuk 

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Semua individu yang tiba di Sabah tidak lagi perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan (e-HDF) mulai hari ini.

Sebaliknya, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, pengembara hanya perlu menunjukkan status vaksin dan risiko dalam aplikasi MySejahtera

Kerajaan negeri bersetuju dengan saranan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk memansuhkan pengisian e-HDF bagi mana-mana individu yang tiba di pintu masuk negeri ini,” katanya seperti yang dilaporkan portal FMT

Terdahulu, Masidi berkata, Sabah mencatatkan 622 kes baharu Covid-19 hari ini, berkurangan 223 kes berbanding semalam.

Katanya, jumlah itu dipengaruhi pengurangan kes baharu di daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

“Bagaimanapun peratusan jangkitan sporadik masih tinggi, hampir 64% dan ini bermakna risiko jangkitan kekal tinggi, khususnya di tempat awam.”

Sebanyak 612 atau 99.39% kes baharu dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan enam kes dalam Kategori 5.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular