HomeUtama80 Peratus Tenaga Kerja Kilang SK Nexilis Dikhususkan Penduduk Tempatan

80 Peratus Tenaga Kerja Kilang SK Nexilis Dikhususkan Penduduk Tempatan

Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 80 peratus tenaga kerja di kilang pembuatan ‘copper foil’ atau kerajang tembaga yang dijangka siap pada akhir tahun depan adalah dikhususkan kepada penduduk tempatan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia sejajar dengan polisi kerajaan selain mahu industri dan kilang yang akan dibangunkan oleh para pelabur di Sabah turut menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tengah) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penyewaan diantara SBH Kibing dan KKIP Sdn.Bhd.

Katanya, kilang kerajang tembaga itu dibina oleh syarikat SK Nexilis dari Korea Selatan di kawasan seluas 100 ekar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) melibatkan pelaburan berjumlah RM4.2 bilion.

“Ini adalah antara projek Inisiatif pelaburan Sabah Maju Jaya (SMJ) oleh Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini membuahkan hasil, menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian.

“Setakat ini, kemajuan pencapaian projek itu adalah sebanyak 10 pertaus. Kilang ini dijangka siap pembinaanya pada akhir tahun 2023. SK Nexilis akan menyediakan lebih 400 peluang pekerjaan apabila kilang itu beroperasi kelak.

“Pelaburan ini akan memberi impak yang positif kepada sosio ekonomi negeri Sabah khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, logistik dan rantaian yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke KKIP disini hari ini bagi melihat sendiri pelaksanaan Inisiatif pelaburan SMJ.

SK Nexilis telah menandatangani memorandum Persefahaman (MoU) bersama K.K.I.P Sdn Bhd pada 23 Mac 2021, dan pembinaan kilang telah dimulakan pada 28 Julai 2021.

Hajiji yang meninjau perkembangan pelaburan SK Nexilis di tapak pembinaan kilang ‘Copper Foil’ berkata, walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19, namun ia bukan penghalang kepada kerajaan untuk merealisasikan inisiatif pelaburan itu.

Terdahulu Hajiji menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Sewaan (Lease Agreement) diantara KKIP Sdn.Bhd dan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd,selain turut melawat cadangan tapak kilang pembuatan kaca solar (Solar Manufacturing Plant).

Syarikat itu akan melabur sejumlah RM2 bilion di Sabah yang melibatkan tiga komponen, iaitu perlombongan pasir silica, pembinaan kilang pemprosesan pasir silica dan kilang pembuatan kaca ‘photovoltaic’.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mendengar taklimat semasa meninjau perkembangan pelaburan SK Nexilis di KKIP.

SBH Kibing akan menyewa tanah seluas 130.4 ekar untuk tempoh 30 tahun bagi pembinaan kilangnya yang dijangka dapat menawarkan sebanyak 1800 peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, Hajiji turut melawat galeri jualan v21 Residence’s. Projek perumahan ini melibatkan pembinaan lebih 6000 unit apartment mampu milik dan komersial.

Fasa 1 melibatkan pembinaan sebanyak 1121 unit, dijangka siap pada tahun 2025.

Mengiringi lawatan kerja Hajiji ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Datuk Dr. Joachim Gunsalam; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun,; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular