HomeIsu tempatan22 Peserta Sertai Kelas Asas Memanah Tradisional

22 Peserta Sertai Kelas Asas Memanah Tradisional

Read Time:1 Minute, 54 Second

PAPAR : Seramai 22 orang peserta telah menyertai kelas asas memanah tradisional yang dikendalikan Rawja Archery dengan kerjasama Kelab Memanah Kesatria Kota Kinabalu (KESATRIA) disini kelmarin.

Semua peserta membabitkan kanak-kanak dan belia kariah Masjid Puncak Takwa Kinarut serta tiga orang dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah.

Kelas asas memanah tradisional yang diadakan bertempat di Masjid Puncak Takwa terbabit turut disertai seramai 11 orang dewasa yang mendaftar secara jumpa terus (walk-in).

Pengerusi Masjid Puncak Takwa, Profesor Madya Dr Awang Setia Musleh berkata kegiatan terbabit adalah salah satu usaha pihaknya untuk mengimarahkan sunnah disamping menarik golongan belia ke masjid.

Menurutnya, pihaknya selaku penganjur program terbabit bermatlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kesabaran, memegang teguh ajaran Islam disamping melatih diri menjadi lebih fokus.

Selain itu, Awang Setia juga mahu golongan belia untuk mempelajari teknik memanah tradisional yang betul dibawah bimbingan jurulatih bertauliah.

“Kami sentiasa menyokong segala usaha pembangunan sukan memanah tradisional di Sabah termasuk untuk Masjid Puncak Takwa.

“Pihak kami juga berasa bersyukur dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh ahli KESATRIA,” katanya dalam satu kenyataan media disini semalam.

Sementara itu, Presiden KESATRIA, Md Suhaimi Sapiee berkata pihaknya juga sedia menerima undangan dari mana-mana pihak untuk pelaksanaan penganjuran kelas asas memanah tradisional sebagai usaha membangunkan lagi sukan memanah tradisional di negeri ini.

Salah seorang peserta belia, Harraz Rifqy Haidy, 10, berkata selepas kelas asas memanah tradisional terbabit, dirinya lebih bersemangat untuk mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan seorang pemanah tradisional.

“Saya selalu melihat bapa saya memanah dan teringin untuk menjadi pemanah yang mewakili negeri Sabah seperti bapa. Disebabkan itu bapa saya menyuruh saya menyertai kelas ini.

“Kelas ini sangat menyeronokkan dan saya juga berjumpa dengan lebih ramai kawan baru,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peserta belia, Nor Atini Romjee, 19, berkata dirinya sangat bersyukur dapat menyertai kelas asas memanah tradisional ini disamping menimba ilmu pengetahuan baharu.

“Saya datang menyertai kelas ini dengan pengetahuan yang kosong tentang memanah tradisional.

“Kini saya bukan sahaja mempelajari asas dalam memanah tradisional tapi saya telah merasai sendiri pengalaman dan cara bagaimana memanah yang betul, memanah duduk, memanah ke belakang, memanah sambil berjalan dan seterusnya memanah sambil berlari.

“Ini diluar dari jangkaan saya ketika sebelum menyertai kelas. Jurulatih sangat berpengalaman dan saya kagum melihat demonstrasi yang ditunjukkan oleh para jurulatih,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular