HomeUtamaKebenaran Solat Tarawih Pada Bulan Ramadan Imarahkan Surau & Masjid -...

Kebenaran Solat Tarawih Pada Bulan Ramadan Imarahkan Surau & Masjid – Yakub Khan

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Umat Islam perlu sentiasa mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) meskipun dibenarkan menunaikan solat tarawih di semua surau serta masjid berkuat kuasa 1 April, selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan, berkata selepas dua tahun tidak dapat ke masjid, peluang seumpama ini sangat dinantikan sekali gus memberi ruang kepada mereka bagi menunaikan solat tanpa perlu penjarakkan saf.

Katanya, keputusan itu juga akan kembali mengimarahkan fungsi masjid dan surau pada bulan yang mulia dan penuh berkat itu.

“Kita sangat bersyukur dengan izin Allah rumah ibadah sudah mula dipenuhi dengan kehadiran umat Islam sekitar kawasan setempat.

“Marilah kita berazam untuk mengeratkan huhungan silaturahim diantara satu sama lain. Dalam masa sama pematuhan SOP tetap menjadi keutamaan agar semuanya berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan sempena Bulan Ramadan di Masjid Al-Jannah, Taman Sepanggar, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama Yakub yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, berkata program ‘Jelajah Bulan Ramadan’ adalah acara dirancang oleh Umno Bahagian Sepanggar sempena bulan Ramadan disamping dapat menunaikan solat secara berjemaah sekali gus menghulurkan sumbangan bagi keperluan rumah ibadah.

“Peluang ziarah ini akan dimanfaatkan untuk melihat keperluan pembangunan yang perlu diambil tindakan dalam tempoh terdekat.

“Kita mengalu-alukan kunjungan mereka ke pejabat ADUN Karambunai sekiranya terdapat keperluan yang boleh disalurkan bagi memberi keselesaan kepada Masjid Al-Jannah, Taman Sepanggar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular