HomeUtamaKetua Menteri raikan Aidilfitri bersama pengamal media

Ketua Menteri raikan Aidilfitri bersama pengamal media

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meraikan bersama pengamal media dengan majlis makan tengahari sempena Hari Raya Aidilfitri di Grand Ballroom, Magellan Sutera Hotel, hari ini.

Majlis anjuran Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri (JKM) itu dihadiri oleh kira-kira 200 pengamal media.

Pengarah Media & Komunikasi JKM, Datin Lucy Irene Yong dalam ucapannya berkata, majlis itu selain meraikan Hari Raya Aidilfitri, juga sebagai tanda terima kasih dan menghargai peranan penting pengamal media dalam membuat liputan program-program dan aktiviti anjuran Kerajaan Negeri terutama sekali yang melibatkan Ketua Menteri.

Katanya, liputan meluas media, samada media cetak, elektronik atau portal, berkaitan
usaha berterusan kerajaan untuk membawa pembangunan di negeri Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) amat besar maknanya dalam aspek membolehkan rakyat umum mengetahui dan memahami objektif dan pencapaian SMJ.

Katanya, sejurus Hajiji memulakan tugas sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Sabah, beliau bersetuju penjenamaan Pejabat Akhbar dan Penerbitan, JKM kepada Pejabat Media dan Komunikasi selaras dengan tuntutan keperluan semasa agar pejabat itu lebih berpandangan kehadapan (forward looking).

“Pejabat Media dan Komunikasi JKM menjadi focal point dalam memastikan segala laporan berkaitan Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri dihebahkan bukan sahaja cepat tetapi tepat.

“Saya amat berterima kasih atas kerjasama dan persefahaman yang wujud diantara pengamal media dan Pejabat Media dan Komunikasi selama ini, dan saya berharap ini akan beterusan.

“Saya mempunyai pasukan yang bagus. Kami telah melakukan dan akan melakukan yang terbaik dalam media untuk memudahkan komunikasi dan kami gembira hubungan dengan pengamal media adalah baik.

“Sebagai pemudah cara (facilitator) kepada pengamal dan organisasi media dalam memberi liputan dan publisiti kepada Kerajaan Negeri terutama sekali, Ketua Menteri, pejabat saya sentiasa dan akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada rakan-rakan media untuk kebaikan kita bersama”, tambah Lucy.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Wetrom Bahanda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar, Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), Jimmy Goh, Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Zulkefli Mohd, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, Ketua Pengarah Daily Express, James Sarda, Ketua Pengarang The Borneo Post, Chiu Nai Wen dan Ketua Biro Bernama, Fadzli Ramli.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular