HomeUtamaMohamad sambut baik komitmen Kerajaan Sabah dalam sektor pendidikan

Mohamad sambut baik komitmen Kerajaan Sabah dalam sektor pendidikan

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin menyambut baik komitmen Kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam memastikan tahap pendidikan di negeri ini sentiasa terpelihara.

Mohamad berkata, ini termasuklah perancangan, proses implementasi serta projek-projek pembangunan khususnya dalam sektor pendidikan berjalan lancar.

“Saya amat gembira pada hari ini Ketua Menteri memberi jaminan akan memberi kerjasama sebaiknya dalam memastikan segala perjalanan dan proses implementasu dan projek-projek pembangunan akan berjalan lancar.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin

“Selain itu, dengan kehadiran beliau (Hajiji) hadir merasmikan Hari Guru peringkat negeri juga akan dapat menambahkan lagi semangat dan iltizam guru bahawa Kerajaan Negeri sangat memberi sokongan kepada guru, pihak kementerian dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah sempena Hari Guru peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensenyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JPNS Tah Nia Jaman.

Mohamad bergambar kenangan bersama penerima anugerah

Mohamad berkata, kerjasama erat bersama Kerajaan Negeri itu akan dapat memudahkan pelaksanaan program dan perancangan bagi pembangunan sektor pendidikan di Sabah.

“Ini akan memudahkan kita untuk melaksanakan apa juga program, apatah lagi yang melibatkan pembangunan dan pentadbiran.  Apa sahaja yang memerlukan kerjasama Kerjaaan Negeri, mereka akan sentiasa memberi kerjasama yang sebaik-sebaiknya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar Kolej Vokasional Keningau Wakili Malaysia di Taipei 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular