HomeIsu tempatanIsteri TYT ketuai acara berbasikal PUSPANITA Sandakan

Isteri TYT ketuai acara berbasikal PUSPANITA Sandakan

Read Time:39 Second

SANDAKAN: Lebih 30 pengayuh basikal telah menyertai program berbasikal tertutup Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) daerah Sandakan.

Program itu turut disertai Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni dan diiringi Jawatankuasa Induk PUSPANITA Sandakan Siti Sarah Ismail serta gabungan kelab berbasikal Sandakan.

Kayuhan yang bermula dari Sabah Hotel itu turut melalui beberapa jalan bandar seterusnya menuju ke Padang Bandaran Sandakan dengan jarak sejauh 23.5 kilometer (km).

Program yang diinspirasikan oleh Toh Puan Norlidah itu adalah bagi menggalakkan aktiviti sihat selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta dan PUSPANITA Sandakan. 

Pada majlis tersebut, Toh Puan Norlidah melalui Yayasan Nur Jauhar (YNJ) turut meluangkan masa menyampaikan sumbangan berupa wang tunai serta hamper kepada 10 golongan asnaf yang terpilih dari sekitar daerah Sandakan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular