HomeUtamaBekalan ayam mentah di Sabah mencukupi

Bekalan ayam mentah di Sabah mencukupi

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Bekalan ayam mentah sedia ada di negeri ini adalah mencukupi khasnya menjelang sambutan perayaan Pesta Kaamatan di Sabah yang bermula esok dan lusa.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata, pihaknya menyeru agar pengguna tidak melakukan pembelian panik khususnya bekalan ayam mentah.

Katanya, hasil pemeriksaan di seluruh Sabah mendapati bekalan bagi daging ayam masih mudah diperolehi khususnya di pasar utama, pasar raya dan kedai runcit.

“Pemeriksaan dan pemantauan bekalan ayam termasuklah barangan keperluan asas yang lain dijalankan pada setiap hari oleh KPDNHEP Sabah bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas tersebut tidak terputus dan dijual pada harga yang berpatutan.

“Bagi negeri Sabah, penternak ayam tempatan dan pembekal masih mampu menampung bekalan di pasaran tempatan. Terdapat 19 penternak ayam pedaging yang utama yang boleh mengeluarkan sebanyak tiga juta ekor ayam sebulan.

“Purata ayam disembelih dalam tempoh sebulan adalah dianggarkan sebanyak tiga juta ekor iaitu purata 100,000 ekor ayam sehari. Bekalan ayam yang dihantar ke pasar raya utama di Sabah pula adalah sebanyak 100 hingga 300 ekor ayam sehari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, Kerajaan melalui KPDNHEP telah menyenaraikan kepak ayam sebagai barang harga terkawal di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan yang berkuat kuasa pada 27 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.

Katanya, KPDNHEP sedia bekerjasama dengan mana-mana kementerian dan agensi khususnya berhubung isu harga dan bekalan ayam khasnya di negeri Sabah. 

“Ini termasuklah mengguna pakai undang-undang yang tertakluk di bawah bidang kuasa kementerian ini bagi memastikan kebajikan pengguna dan peniaga dijaga,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular