HomeUtamaSabah alu-alukan AirAsia luaskan jaringan domestik,antarabangsa menerusi penerbangan terus

Sabah alu-alukan AirAsia luaskan jaringan domestik,antarabangsa menerusi penerbangan terus

Read Time:1 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR : Sabah mengalu-alukan usaha syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dalam memperluaskan lagi jaringan domestik mahupun antarabangsa dengan pembukaan laluan penerbangan baharu terus ke negeri itu.

Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pihaknya optimis dengan penambahan rangkaian baharu yang pastinya akan mampu menarik lebih ramai pelancong sekaligus merancakkan lagi industri pelancongan Sabah.

Sehingga kini, laluan antarabangsa daripada Kota Kinabalu adalah penerbangan terus ke Singapore dan Manila.

Manakala Kota Kinabalu ke Korea adalah menerusi penerbangan Jin Air juga telah mula beroperasi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, bermula Julai depan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok juga akan dimulakan.

Perkara itu antara yang dibincangkan dalam satu perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Airasia Group Bhd Kuala Lumpur di sini semalam.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Noredah Othman.

Jafry turut berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.

Tony sempat menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah di atas kerjasama yang terjalin selama berpuluh tahun dalam memajukan industri penerbangan Airasia di negeri itu.

Pihak Airasia juga dijangka akan membuka lebih banyak penerbangan antarabangsa di Sabah namun ianya bergantung kepada pembukaan sempadan di negara terbabit.

Sementara itu, Kementerian menerusi Lembaga Pelancongan Sabah turut bekerjasama dengan Airasia melalui aplikasi Super App dalam  mempromosi destinasi pelancongan menarik di Sabah.

Pelancong boleh terus menempah pakej penerbangan dan hotel, pelbagai makanan dan pengalaman lain sebelum memulakan percutian.

Jafry yakin, dengan adanya platform agensi pelancongan dalam talian yang lebih pantas dan kukuh itu membolehkan industri pelancongan berkembang lebih pesat.

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah Rayuan Terima Pemohonan Pendakwaan, Bung Moktar dan Isteri Diarah Bela...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular