HomeUtamaKPDNHEP Sabah rampas barang kawalan bernilai lebih RM1.9 juta

KPDNHEP Sabah rampas barang kawalan bernilai lebih RM1.9 juta

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan seterusnya merampas 9,690 kilogram minyak masak paket satu kilogram (kg) dalam satu serbuan di Sungai Kolapis, Beluran di sini semalam.

Serbuan yang dilakukan pada jam 3.30 petang itu turut dibantu sepasukan anggota Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran dan turut merampas minyak diesel dengan kuantiti 5,000 liter di dalam ‘skid tank’ di kawasan berhampiran yang dipercayai untuk dijual ke negara jiran.

Pengarah Pejabat KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, selain itu turut dirampas ialah kapal,scout dan skid tank dengan nilai rampasan keseluruhan barangan adalah berjumlah sebanyak RM1,904,975.

Katanya, seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai penjaga kapal di lokasi serbuan turut ditahan dan diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pihak kita telah melakukan risikan selama tiga minggu sebelum serbuan dijalankan.

“Berdasarkan keterangan awal, penjaga kapal tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urusniaga barang kawalan tanpa lesen.

Katanya, siasatan juga akan dilakukan dibawah Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan ditempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.

“Siasatan lanjut juga akan dijalankan untuk mengenal pasti rantaian kegiatan ini.

“Kementerian juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kehadiran Fahmi Reza di Kota Kinabalu: Provokasi atau Kebebasan Bersuara, soal...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular