HomeUtamaDUN Sabah : Program Gedung Makanan dicadang dilaksanakan di Sabah

DUN Sabah : Program Gedung Makanan dicadang dilaksanakan di Sabah

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah dicadang untuk melaksanakan Program Gedung Makanan (PGM) atau ianya dikenali sebagai ‘Food Security’ negeri Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, cadangan itu wajar selepas melihat negara khususnya di Sabah sedang berdepan dengan krisis makanan, sehingga berlaku kenaikan harga barangan terutama barang keperluan asas.

“Oleh hal yang demikian, pada hari ini saya tampil dengan beberapa perkara penting pada hemat saya ianya adalah isu major yang perlu saya utarakan dan cadangkan di dalam dewan yang mulia ini, agar hal ini diambil perhatian untuk diperhalusi supaya mendapat sokongan dan kelulusan untuk dilaksanakan.

“Ia termasuklah cadangan saya agar pihak kerajaan menubuhkan PGM atau ianya sebagai Food Security Negeri Sabah. Dimana pada ketika ini ketidak seimbangan ekosistem dalam industri pertanian mahupun penternakan berasaskan makanan juga turut berlaku.

“Ini membawa kepada kesan terhadap pengeluaran produk makanan yang menyebabkan ketidakstabilan harga barang dan kekurangan stok makanan,” katanya ketika menyampaikan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2022 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Abdul Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, meskipun Sabah mempunyai sumber dan tanah yang luas bagi mengeluarkan dan menghasilkan produk makanan berkualiti namun tidak mlaksanakan program murni yang memberi manfaat kepada semua pihak.

Katanya, pelbagai sumber yang berpotensi dan tanah yang luas di negeri ini dilihat tidak mampu untuk menampung keperluan populasi penduduk Sabah yang berjumlah lebih kurang empat juta.

“Buktinya kita masih lagi mengimport barangan makanan asas seperti sayur-sayuran, beras, minyak masak, daging ayam dan sebagainya. Melihat beberapa faktor tersebut yang menjadi penyumbang kepada krisis makanan.

“Oleh itu, perlunya tindakan bijak dan pantas daripada pihak kerajaan untuk menubuhkan PGM yang bersepadu dan komprehensif dalam usaha kita menjamin sumber makanan dapat dibekalkan secara berterusan selain perkara ini boleh menjadi food security negeri Sabah.,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, mekanisma perlaksanaan idea ini perlu dilaksanakan secara berfasa dimana dicadangkan agar LKTNS sebagai sebuah agensi badan berkanun kerajaan negeri diberi kepercayaan untuk menerajui perlaksanaan program ini.

Katanya, ini  kerana dengan kapasiti dan fungsi yang sesuai disamping LKTNS sebagai sebuah badan berkanun di bawah kerajaan negeri yang mempunyai kerjasama dengan pelbagai kementerian, agensi dan jabatan-jabatan kerajaan diperingkat negeri mahupun persekutuan contohnya dengan pihak KPLB sendiri.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular