HomeSukanTandukan Park Taesu bantu Sabah FC 'lemaskan' TFC

Tandukan Park Taesu bantu Sabah FC ‘lemaskan’ TFC

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Dua tandukan Park Taesu berjaya membantu Sabah FC membawa pulang tiga mata digelanggang sendiri selepas menewaskan Terengganu FC 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam ini.

Pada babak pertama, Sabah FC mula menguasai perlawanan menerusi percubaan awal dari  penyerang impot Taiki Kagayama pada minit ke-5 yang menanduk bola hasil hantaran Jackson De Souza yang sebelum itu menerima bola dari Baddrol Bakhtiar namun tersasar ke tepi gawang pelawat.

Bermain dihadapan lebih 7,000 penyokong, skuad Badak hampir memperoleh gol awal menerusi percubaan Jose Embalo yang menyambut hantaran dari Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24 namun tersasar ke tepi gawang pelawat.

Empat minit berselang, Taiki sekali lagi berpeluang untuk menjaringkan gol namun percubaannya tinggi melewati palang gol Terengganu FC.

Pasukan pelawat kelihatan lebih bersemangat apabila cuba mengatur serangan menerusi percubaan Sean Sherman pada minit ke-30 namun berjaya ditolak keluar penjaga gol Sabah FC Khairul Fahmi Che Mat.

Minit akhir separuh masa pertama, Terengganu FC berjaya memperoleh gol pertama hasil jaringan Manuel Gelito Ott pada minit ke-47 menjadikan tuan rumah ketinggalan 0-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua,  penyerang tuan rumah Mohd Amri Yahyah berpeluang untuk menyamakan kedudukan menerusi percubaan terus ke gawang Terengganu FC selepas menerima bola hantaran Rizal Ghazali pada minit ke-64 namun percubaannya tersasar.

Tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Park Taesu pada minit ke-72 selepas menerima bola menerusi sepakan percuma Baddrol Bakhtiar menjadikan kedudukan 1-1.

Tujuh minit berselang, Park Taesu sekali lagi menjadi hero Sabah FC apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-79 selepas menanduk masuk bola menerusi sepakan percuma ketua pasukan Baddrol Bakhtiar dan menjadikan keputusan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan keputusan itu, Sabah FC kekal berada ditangga kedua Liga Super dengan memungut 25 mata beza satu mata di belakang Johor Darul Ta’zim.

Sabah FC akan berdepan Selangor FC Sabtu ini bagi saingan suku akhir Piala FA di Stadium Likas.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular