HomeUtamaTawau Rancang Pecah Rekod Jalur Gemilang Terpanjang

Tawau Rancang Pecah Rekod Jalur Gemilang Terpanjang

Read Time:1 Minute, 1 Second

BERNAMA

TAWAU: Program mengibarkan Jalur Gemilang terpanjang bakal diadakan di daerah Tawau bagi memecahkan rekod Jalur Gemilang terpanjang di negara ini, kata Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy.

Beliau berkata program pengisian sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia itu bakal melibatkan penduduk di daerah itu.

“Kami ingin memecahkan rekod kibaran Jalur Gemilang sepanjang 1.2-kilometer seperti tercatat dalam Malaysia Book of Records sebelum ini, kami mahu buat (rekod) lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Konvoi Kembara Keluarga Malaysia Sabah serta kempen kibar Jalur Gemilang peringkat daerah di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya dua program bersama komuniti diadakan di Kampung Tanjung Batu Laut dan Kampung Tanjung Batu Darat bagi memberi pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingan menghargai Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia.

Azuary (kiri), Razif (dua dari kiri) menyaksikan Andi menandatangani buku lawatan Konvoi KMKM 2022

Sementara itu, ketua konvoi Razif Che Hashim berkata kembara itu akan melalui 43 checkpoint melibatkan 25 daerah dengan jarak perjalanan 2,150 kilometer yang disertai 17 kenderaan bersama 50 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan.

“Konvoi ini dijangka selesai mengelilingi Sabah pada 19 Ogos iaitu selama 10 hari,” katanya. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Perdana Park masih ditutup atas faktor risiko keselamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular