HomeIsu tempatanKKIP Autocity Sdn Bhd sambut baik cadangan bina litar di setiap negeri

KKIP Autocity Sdn Bhd sambut baik cadangan bina litar di setiap negeri

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: KKIP Autocity Sdn Bhd, menyambut baik cadangan kerajaan untuk membina litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri.

Langkah itu dilihat sebagai usaha memperkasakan lagi program pembangunan sukan permotoran di dalam negara.

Pengurus Besar KKIP Autocity, Frida Farah Bungga berkata, kewujudan litar lumba itu sudah pasti memberi peluang kepada golongan belia untuk menceburi sukan berkenaan mengikut saluran yang betul.

Pengurus Besar KKIP Autocity, Frida Farah Bungga

Malah katanya, ia juga sekaligus mampu merancakkan lagi sektor ekonomi di setiap negeri menerusi kewujudan peluang pekerjaan dan perniagaan sama ada di peringkat tempatan serta antarabangsa.

“Umum mengetahui, industri sukan permotoran ini mempunyai pasaran yang amat besar terutamanya dari negara-negara maju.

“Maka dengan adanya fasilitasi ini, ia membuka pelbagai peluang kepada semua sektor industri dan masyarakat selain peluang kerjaya kepada golongan belia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Frida berkata, pembinaan litar lumba itu juga dapat menjadi tarikan baharu dan pemangkin kepada sektor pelancongan di negeri ini.

“Banyak lagi manfaat yang akan dapat diperolehi menerusi pembinaan litar ini untuk membantu memacu ekonomi negeri Sabah khususnya.

“Dari sudut lain, pembangunan sukan permotoran ini juga dapat membantu mengurangkan aktiviti tidak sihat di jalan raya,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bercadang untuk membina litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri.

Katanya, cadangan itu akan dimasukkan ke dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Untuk rekod, setakat ini hanya terdapat dua litar drag yang dibina di negara ini iaitu di Terengganu dan Melaka.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular