HomeSukan40 murid SRITI Sabah sertai Kejohanan Sukan dan Olahraga SRITI Malaysia

40 murid SRITI Sabah sertai Kejohanan Sukan dan Olahraga SRITI Malaysia

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Seramai 40 murid dari beberapa buah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di negeri ini akan mewakili Sabah ke Kejohanan Sukan dan Olahraga SRITI Malaysia kali ketiga yang akan berlangsung di Stadium MMU Cyberjaya.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini akan turut diiringi seramai 13 guru pengiring bagi berentap merebut kejuaraan dengan pelajar SRITI dari negeri-negeri lain yang bertanding.

Pegawai Operasi SRITI Sabah Hasruddin Shamsuddin berkata, ini merupakan kali pertama SRITI Sabah menghantar kontinjen ke kejohanan tersebut.

Katanya, SRITI Papar merupakan antara yang paling ramai menghantar peserta selepas berjaya menjuarai kejohanan SRITI Negeri yang diadakan awal bulan ini.

“Kontinjen Sabah dijangka akan bersaing dalam acara bola jaring, bola sepak dan acara balapan.

“Selain itu, mereka juga akan mengadakan beberapa lawatan dan latihan sebelum bermulanya kejohanan sebagai langkah memperkemaskan lagi strategi Kontinjen Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika pelepasan kontinjen Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini padi tadi

Pada pelepasan itu, para ibu bapa pelajar turur sama hadir bagi menghantar anak masing-masing bagi mewakili negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular