HomeIsu tempatanPelajar Berkeperluan Khas KV Keningau terima Anugerah World Changer

Pelajar Berkeperluan Khas KV Keningau terima Anugerah World Changer

Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KENINGAU: Pelajar Berkeperluan Khas Kolej Vokasional (KV) Keningau, Alexius Ignatius, 17, telah dipilih sebagai penerima World Changer Award untuk bulan September 2022 oleh Persatuan Pendidikan Khas Global, Special Education Network & Inclusion Association (SENIA), yang berpusat di Kanada.

Pelajar yang berasal dari Papar itu telah dipilih sebagai pemenang anugerah tersebut atas sumbangannya dalam pendidikan khas.

Pengarah KV Keningau, Johari @ Jaibin Sabin berkata, pelajarnya Alexius merupakan rakyat Malaysia yang pertama yang berjaya memenangi pingat emas dalam festival seni dalam talian anjuran Festival Bridges iaitu persatuan seni Eropah.

“Manakala pada 16 Mei 2022, cerita animasi bertajuk ‘Timbalun” yang disampaikan oleh Alexius dalam Bahasa Inggeris telah dianugerahkan pingat emas di festival seni Ritmos Brasileiros 2022 yang berpusat di Sao Paulo, Brazil.

“Dia juga aktif dalam aktiviti sukarelawan dimana dia telah banyak membantu pasukan sekolah dalam pelbagai bidang selain memainkan peranan penting dalam pengurusan dan latihan pasukan bola lisut yang telah mendapat tempat kedua di kejohanan peringkat daerah”, katanya.

Menurut Johari lagi, Alexius juga banyak membantu pasukan teater kolej itu yang berjaya menjuarai pertandingan drama Bahasa Inggeris peringkat Daerah Keningau.

“Antara lain pelajar ini juga merupakan ketua aktiviti pengumpulan dana melalui gerai jualan makanan untuk membantu menanggung kos lawatan sambal belajar bagi pelajar-pelajar Berkeperluan Khas dan pembimbing rakan sebaya di sekolah ini”, jelasnya.

Johari selaku pengarah di kolej itu sangat bangga dengan pencapaian cemerlang pelajar-pelajarnya dalam pelbagai bidang bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa.

“Saya sangat berbesar hati dengan penganugerahan tersebut kerana ianya mampu meningkatkan kesedaran orang awam dan industri pekerjaan berkenaan dengan kemampuan dan keupayaan individu Berkeperluan Khas.

“Pihak KV Keningau komited untuk terus memberi peluang kepada golongan ini agar mereka dapat mendapat pendidikan yang berkualiti dan praktikal”, ujarnya.

Kisah kejayaan Alexius lebih lanjut boleh dilayari di laman sesawang penganjur yang boleh diakses melalui: https://www.seniainternational.org/alexius-ignatius-june-2022-senia-world-changer-award-recipient/

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular