HomeUtamaMAFI peruntuk RM3 juta setahun atasi isu perosak dan penyakit tanaman di...

MAFI peruntuk RM3 juta setahun atasi isu perosak dan penyakit tanaman di negara ini

Read Time:1 Minute, 5 Second

SEREMBAN : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Pertanian memperuntukkan sekurang-kurangnya RM3 juta setahun sejak 2010 bagi mengurus dan mengatasi isu perosak serta penyakit tanaman di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, jumlah tersebut jelas menunjukkan pihak kementerian serius memperkasa sekuriti makanan di negara ini.

“Hampir 40 peratus tanaman makanan musnah akibat serangan perosak dan penyakit tumbuhan setiap tahun dan Malaysia juga tidak terkecuali dalam menghadapi fenomena ini.

“Pemerebakan atau outbreak perosak dan penyakit ini melibatkan kos yang besar kepada kerajaan dari segi pengurusan dan program penghapusannya Kementerian melalui Jabatan Pertanian yang juga sebagai sebahagian daripada Organisasi Perlindungan Tumbuhan Kebangsaan (NPPO), sentiasa berusaha untuk memastikan usaha pelaksanaan biosekuriti tanaman dan tumbuhan sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam ucapan selepas merasmikan Simposium Biosekuriti Tumbuhan Tahun 2022 di sini hari ini.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Dalam pada itu, MAFI bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir besar yang dijangka melanda negara menjelang November ini sekali gus mengurangkan risiko kerugian besar dihadapi oleh penternak.

“Pemegang taruh dalam bidang pertanian dan penternakan perlu berwaspada dengan ancaman banjir khususnya ketika negara dijangka menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bermula November ini hingga Mac tahun depan.

“Jadi, tentu sekali setiap kali banjir ia akan merosakkan dan memberi kesan impak kepada tanaman dan ternakan sektor agromakanan negara secara keseluruhan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan hari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular