HomeUtamaSabah sentiasa utamakan kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kalangan rakyat

Sabah sentiasa utamakan kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kalangan rakyat

Read Time:2 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Kepentingan dalam membudayakan dan mengadaptasi Sains,Teknologi dan Inovasi yang menjadi tunjang utama kepada rakyat khususnya di negeri ini sentiasa menjadi keutamaaan Kerajaan Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ia juga termaktub dalam teras kedua Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat serta turut mendapat perhatian khusus dalam Belanjawan Sabah Tahun 2022.

Yakub menyampaikan PerantiSiswa kepada salah seorang penerima

“Kita memahami peri pentingnya memberi kemahiran teknologi maklumat kepada rakyat agar dalam era digitalisasi ini, rakyat lebih celik dan mampu memahami perubahan dan keperluan digital.

“Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini, menjadi pelengkap kepada pembudayaan dan adaptasi Sains, Teknologi dan Inovasi di samping memastikan para pelajar dalam kalangan B40 tidak ketinggalan khususnya dalam aspek pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sarapan Pagi Menu Keluarga Malaysia dan Penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Kolej Kediaman Tun Fuad Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMS Profesor Madya Dr Raman Noordin.

Yakub berkata, pihaknya berharap melalui inisiatif yang dilaksanakan itu akan dapat meringankan bebanan rakyat serta membantu merapatkan jurang komuniti digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, pihaknya juga menyeru kepada semua penerima Peranti Siswa Keluarga Malaysia, untuk menghargai pemberian daripada pihak kerajaan ini selain menjaga peranti itu sebaiknya.

“Suka juga saya ingin maklumkan kepada penerima Peranti Siswa Keluarga Malaysia, bahawa peranti ini diberikan pemilikan terus kepada pelajar dengan jaminanselama dua tahun daripada pihak pembekal, walaupun ianya diberikan secara pemilikan terus kepada anda, jagalah peranti ini sebaiknya agar dapat berbakti sepenuhnya kepada anda sepanjang tempoh pengajian.

“Semoga dengan inisiatif seperti ini, rakyat akan lebih menghargai peluang yang wujud dalam pendidikan dan terus mencipta kecemerlangan untuk diri sendiri, keluarga, dan negara tercinta,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata, pihaknya mewakili Kerajaan Negeri Sabah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas usaha bagi menyediakan para pelajar dengan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia melalui Belanjawan 2022.

“Sesungguhnya kepekaan pihak kerajaan bagi memastikan keperluan asas dalam pendidikan amatlah penting untuk dipenuhi, kerana ianya merupakan satu komitmen yang sangat bermakna buat rakyat, lebih-lebih lagi dengan kos perbelanjaan seharian keluarga yang semakin meningkat pada masa kini.

“Sejak Pandemik COVID-19 melanda Dunia, orientasi pendidikan mula beralih kepada kaedah secara maya. Ia tidak sahaja tertumpu kepada kaedah pembelajaran semata-mata, namun segala maklumat telah mula ditransformasikan ke arah digitalisasi.

“Oleh itu, adalah amat signifikan untuk pihak kerajaan memikirkan satu inisiatif dalam membantu para pelajar khususnya dari kalangan B40 untuk memenuhi keperluan ini agar tidak ketinggalan dalam era pendidikan secara digitalisasi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular