LABUAN : Lima kru tongkang dan bot kargo yang membawa muatan air tawar terselamat akibat daripada cuaca buruk di perairan Pulau Kuraman, semalam.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Labuan telah menerima aduan berkaitan kejadian berkenaan.
“Bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan menjumpai sebuah bot kargo yang sedang berusaha untuk menyelamatkan kru tongkang yang telah tenggelam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nudin berkata, kesemua mangsa yang berumur lingkungan 30 hingga 45 tahun itu telah dipindahkan ke Bot Tunda YAKIN yang berada berdekatan.
Katanya, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak syarikat akan melakukan usaha pengapungan semula tongkang berkenaan.
“Justeru itu, sebarang kejadian kecemasan dan kemalangan di laut mohon segera dilaporkan terus melalui talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999,” katanya