HomeUtamaInfografik palsu mengenai program Kerajaan Negeri di media sosial

Infografik palsu mengenai program Kerajaan Negeri di media sosial

Read Time:28 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan beberapa infografik jawatan kosong dan Rumah Mesra SMJ yang mempunyai jata Kerajaan Negeri disertai gambar Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang tular di media sosial.

“Ia adalah maklumat palsu infografik dan hanyalah umpan klik untuk menjana trafik ke laman web tertentu,” kata Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata pautan yang disediakan oleh infografik bagi program Rumah Mesra SMJ juga adalah palsu kerana ia akan mengarahkan orang ramai ke halaman lain mengenai kekosongan jawatan dalam tentera udara Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular