HomeUtamaMOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara

MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara

Read Time:1 Minute, 13 Second

BERNAMA

CYBERJAYA — Institut Antarabangsa untuk Sistem Analisis Gunaan (IIASA) dipelawa menjalin kerjasama dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) bagi menjayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN)

Menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) malam ini, pelawaan itu dibuat menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba ketika melawat IIASA, Laxenburg, Austria pada Ahad. 

Kenyataan itu memetik Dr Adham sebagai berkata IIASA yang ditubuhkan pada 1972 mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama yang berkaitan dengan sains alam sekitar. 

“MOSTI mempelawa IIASA untuk meneroka platform kerjasama dengan ASM dengan menyumbang pengetahuan mereka dalam bantuan teknikal untuk memperkukuh PTKPN yang lebih bersepadu menjelang akhir tahun 2023,” menurut Dr Adham.

Selain itu, Dr Adham berkata PTKPN akan memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pengawasan, pemantauan dan penjejakan impak untuk kesihatan planet sebagai pemboleh bagi pelaksanaan PTKPN.

Tumpuan lain adalah meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam kawasan zoonosis ke arah pembangunan pangkalan data nasional untuk genomik alam sekitar bagi mengawal dan mencegah penyakit zoonosis secara holistik melalui Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), ASM serta agensi berkaitan.

IIASA dan ASM telah bekerjasama menerusi pelbagai bidang penyelidikan terutama dalam menangani jerebu dan pembakaran biojisim di Malaysia dan Asia, minyak sawit tanpa penebangan hutan serta mengunjurkan perubahan populasi dan modal insan di negara ini.

Semenjak 2013, terdapat 26 lawatan penyelidik IIASA ke Malaysia manakala 47 individu antaranya penyelidik, penasihat dan diplomat dari Malaysia telah melawat atau menghadiri sekurang-kurangnya satu acara di IIASA. 

RELATED ARTICLES
Utama

Mencipta Masa Depan Gemilang untuk Semua Dalam Belanjawan 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular