HomeUtamaPelabur pilih Sabah kerana kestabilan politik Kerajaan GRS-BN

Pelabur pilih Sabah kerana kestabilan politik Kerajaan GRS-BN

Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh HANAFI ALI dan NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pelabur memilih Sabah kerana kestabilan politik yang dimiliki Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya berkata, keyakinan para pelabur yang datang melabur di Negeri Sabah membuktikan kerajaan GRS-BN mengutamakan kestabilan politik dan fokus terhadap pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat walaupun baru dua tahun mentadbir negeri ini.

“Saya melihat dalam kehangatan suasana politik negara disebabkan tempoh penggal pilihanraya umum semakin dekat dan kalau ikut jadual ianya diadakan menjelang bulan Jun tahun hadapan, tetapi boleh dilakukan awal daripada jadual tersebut.

“Bagaimanapun itu adalah pilihanraya umum namun bagi Negeri Sabah seperti yang dikatakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dalam perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sabah dan kepimpinan GRS, kita lebih mengutamakan kestabilan politik sejak dua tahun membentuk Kerajaan Negeri,” kata Shahelmey ketika ditemui Sabah Media baru-baru ini.

Shahelmey berkata, Kerajaan GRS-BN melihat bahawa kestabilan politik itu ada satu kelebihan yang mana menarik minat pelabur-pelabur untuk datang melabur di Negeri Sabah.

“Apabila pelabur datang ke Negeri Sabah ia sudah tentunya membawa kepada usaha pembangunan kepada Sabah.

“Contohnya dalam tempoh dua tahun GRS-BN menjadi kerajaan, kita telah menandatangani lebih RM40 bilion perjanjian dengan pelabur-pelabur dan yang telah menjadi realiti dalam tempoh dua tahun ini lebih RM6 bilion iaitu satu kilang membuat kaca lebih RM2 bilion sedang dibina di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) begitu juga satu lagi pelabur daripada Korea Selatan juga sedang membina kilangnya manakala projek penanaman kelapa juga sedang berjalan di negeri Sabah,” katanya.

Katanya, ini juga membuktikan bahawa pelabur yakin dan sudah benar-benar masuk melabur ke negeri ini.

“Kita akan lihat selepas tahun ketiga dan keempat nanti selepas kilang sudah siap beroperasi maka peluang-peluang pekerjaan akan dapat kita adakan seterusnya akan dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang dapat dinikmati secara saksama oleh rakyat di negeri ini.

“Ini yang paling penting kita mahu ada kestabilan politik, ada kerjasama Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan kita boleh fokus untuk membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, terdapat khabar angin mengatakan DUN Sabah akan dibubarkan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen tahun ini.

Namun Hajiji berkata, semua itu hanya cakap-cakap sahaja dan tidak benar kerana kerajaan GRS-BN mempunyai tiga tahun lagi untuk memerintah Sabah.

Beliau berkata demikian semasa Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Batu Sapi, Sandakan baru-baru ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular