HomeIsu tempatan70 peserta sertai bengkel pemasaran digital

70 peserta sertai bengkel pemasaran digital

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Seramai 70 peserta terdiri daripada pelajar tahun akhir Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Kolej Komuniti seluruh Sabah menyertai Bengkel E-Commerce Campaign Management (Digital Marketing) Peringkat Zon Sabah di sini baru-baru ini.

Bengkel yang dilaksanakan selama empat hari itu adalah bersempena dengan Penjana Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) CAP yang memfokuskan kepada Ekonomi Gig (Penjana KPT CAP – Gig Economy).

Timbalan Pengarah PKK Abdul Razak Mohd Daim ketika berucap berkata, program Penjana KPT CAP merupakan inisiatif kerajaan melalui KPT dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan kadar pengangguran akibat dari wabak COVID-19 melalui tiga teras utama, latihan dan penempatan, latihan keusahawanan dan latihan penyediaan Ekonomi Gig.

“Bengkel yang memfokuskan kepada latihan penyediaan Ekonomi Gig ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar di Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah tentang pemasaran digital dengan menggunakan platform e-commerce.

“Bengkel peningkatan kemahiran ini bertujuan memberi latihan kemahiran dan jaminan karier sebagai usahawan kepada belia (pelajar) selain daripada mendapat set kemahiran kompetensi berdasarkan keperluan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran dan penawaran pekerjaan kepada mereka,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Kolej Komuniti Kota Marudu, Salbiah Banati, wakil-wakil Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah, dan Ketua Unit Industri Korporat Dan Kebolehpasaran (CISEC) Politeknik Kota Kinabalu, Ts. Dr. Jason William Vitales.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular