HomeIsu tempatan87 peserta sekolah menengah sertai Program ‘Fun@Laboratory’

87 peserta sekolah menengah sertai Program ‘Fun@Laboratory’

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seramai 87 peserta dari lima buah sekolah menengah menyertai Program ‘Fun@Laboratory’ anjuran Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan U-Science UMS, di sini, baru-baru ini.

Berlangsung di makmal IPB, para peserta adalah terdiri daripada para pelajar dan guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu, SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang, SMK Bahang, SMK Bongawan dan Sekolah Menengah Sains Sabah.

Program itu antara lain bertujuan meningkatkan minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya dalam bidang bioteknologi.

Pada masa yang sama ia bagi mendedahkan para pelajar dengan peralatan makmal yang moden dan canggih di makmal IPB selain sebagai satu usaha pembudayaan kepakaran bioteknologi IPB kepada masyarakat dan komuniti di Sabah.

Majlis perasmiannya disempurnakan Pengarah IPB, Prof Dr Lee Ping Chin.Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program tersebut, antaranya ialah teknik mengenalpasti jantina dan cara mengendalikan tikus; sel tumbuhan dan haiwan di bawah mikroskop; Kombucha fermentation; dan aplikasi metagenomik dalam kehidupan seharian.

Ia turut dijayakan bersama seluruh warga IPB yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan sokongan dan pentadbiran serta pelajar pascasiswazah.

Hadir sama, penyelaras program Dr Khairul Azfar Kamaruzaman.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pementasan teater ‘Salina’ bermula Jumaat ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular