HomeUtamaSaya akan beritahu PM untuk beri 'tempat sesuai' untuk Anifah - Ahmad...

Saya akan beritahu PM untuk beri ‘tempat sesuai’ untuk Anifah – Ahmad Zahid

Read Time:1 Minute, 35 Second

KIMANIS : ‘Tempat sesuai’ akan diberikan kepada Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman atas sokongan yang diberikan kepada penyandang kerusi Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan beliau maklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ada seorang lagi tokoh dari Kimanis walaupun beliau telah bertemu dengan saya untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Mo, saya akan beritahu Perdana Menteri, ada tempat sesuai untuk tokoh itu di peringkat nasional.

“Ini rundingan. Kedua-dua pihak dapat untung tetapi untuk Datuk Seri Anifah Aman duduk disitu mesti sokong kemenangan Datuk Mo. Tidak susah untuk selesaikan masalah politik ini, buat apa mahu bergaduh.

“Apa yang penting masalah rakyat Sabah mesti diatasi dengan segera iaitu dengan mewujudkan kestabilan politik di Sabah demi kemakmuran rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Zon 3 di Kimanis di sini semalam.

Program itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum itu, Ahmad Zahid mengumumkan penyandang kerusi Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin bakal mempertahankan kerusi itu pada PRU-15 atas tiket BN.

“Ini tanah Kimanis. Datuk Mo InsyaAllah kalau tuan-tuan, puan-puan setuju saya akan letakkan semula Datuk Mo sebagai calon BN di Kimanis,” katanya.

Mohamad yang juga Timbalan Menteri Pendidikan II merupakan penyandang kerusi Parlimen Kimanis yang disandangnya sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada Januari 2020.

Terdahulu, Mohamad yang lebih mesra dipanggil Datuk Mo berkata, Anifah menyatakan sokongan kepadanya untuk terus mempertahankan kerusi Kimanis.

“Datuk Seri Anifah kata, Mo don’t worry I support you. Penyokong PCS juga hadir pada program hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata pengumuman rasmi calon BN Sabah akan dibuat Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin serentak dengan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular