HomeUtamaBersama pikul tanggungjawab pelihara, selamatkan alam sekitar - Jafry

Bersama pikul tanggungjawab pelihara, selamatkan alam sekitar – Jafry

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Masyarakat diseru untuk terus memikul tanggungjawab dalam memelihara dan menyelamatkan alam sekitar menerusi program serta aktiviti sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya telah menjalankan beberapa program yang bertujuan memberi kesedaran kepada kepentingan alam sekitar dan sayangi bumi di peringkat sekolah juga masyarakat umum.

Katanya, ianya juga adalah selaras dengan dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama’.

“Pada tahun ini, HASN disambut dengan tema yang membawa makna besar dalam membentuk minda rakyat untuk seiring dan sejalan bagi melestarikan alam sekitar.

“Selain itu ia juga dapat mendidik masyarakat betapa pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar demi generasi akan datang,” katanya.

Katanya yang diwakili Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Sr. Mohd. Yusrie Abdullah.

Pada majlis itu, Mohd Yusrie menyampaikan hadiah kepada Pemenang Pertandingan Video Kreatif Alam Sekitar, SK Lok Yuk Sikuati Kudat dan Pemenang Pertandingan Fotografi Alam Sekitar, Sem Ambrose graduan Universiti Teknologi Malaysia.

Turut disampaikan hadiah Pertandingan Mewarna Sekolah Lestari (sekolah rendah), Amber Chee Jin Juan iaitu Pelajar SJKC Anglo Chinese Kota Kinabalu sebagai pemenang kategori tahap 2 manakala Nelvera Niesyonella Petrus dari SJKC Lok Yuk bagi tahap 1.

Anugerah Sekolah Lestari Alam Sekitar (sekolah rendah) pula diraih SK Lambidan, Kuala Punyu, sementara kategori sekolah menengah dimenangi SM St Michael, Penampang. 

Hadir sama, Pengarah JAS Negeri Sabah, Amirul Aripin, Pengarah JPAS Vitalis J. Moduying dan Ketua Pegawai Eksekutif Kebabangan Petroleum Operating Company (KPOC) Sdn. Bhd, Ahmad Lutpi Haron.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Jumlah pelawat ke Sabah menurun paras terendah ketika...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular