HomeUtamaPMBS lancar Yayasan Dangsanak Sabah, bantu masyarakat Brunei

PMBS lancar Yayasan Dangsanak Sabah, bantu masyarakat Brunei

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) melancarkan Yayasan Dangsanak Sabah (YDS) yang bakal menjadi wadah bagi menjana ekonomi dan membantu masyarakat Brunei di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Yayasan itu juga akan turut membantu dari sudut Pendidikan; kebajikan dan penyelidikan yang menjadi antara perkara penting.

“Yayasan ini akan berfungsi sebagai penambahan kepada saluran-saluran bantuan sedia ada.  Kita tidak dapat menyaingi dari sudut Kerajaan mahupun kebajikan sebab seperti yang saya sebut tadi, walaupun yayasan ini untuk kebajikan, tapi kita tidak banyak dana.

“Namun yayasan ini adalah inisiatif sebagai tambahan bantaun kepada anak-anak kita,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Karnival Baurung Urung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Karnival itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Mohd Arifin berkata, yayasan itu akan mengenalpasti mana-mana individu mahupun pihak memerlukan untuk disalurkan bantuan namun akan memberi keutamaan kepada yang amat memerlukan.

Katanya, pihaknya turut membuka ruang kepada sesiapa yang ingin memberikan bantuan dari segi dari dana sejak dua hari yang lalu.

“Kita sudah membuka ruang untuk mana-mana yang mahu memberikan bantuan dan dana.  Dalam dua hari kita mendapat sumbangan daripada syarikat atau anak Brunei yang dan kelebihan untuk menyumbang kepada YDS.

“Sehingga kini kita telah menerima sumbangan dana sebanyak RM130,000 yang mana dana ini disumbang oleh syarikat atau anak-anak Brunei yang mempunyai kelebihan bagi membantu yayasan,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Bapa cabul anak tiri berusia 6 tahun, dihukum penjara 10 tahun,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular