HomeUtamaPRU15 : 39 laporan polis diterima atas pelbagai kesalahan pilihan raya di...

PRU15 : 39 laporan polis diterima atas pelbagai kesalahan pilihan raya di Sabah

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Polis Sabah menerima sebanyak 39 laporan polis dan enam kertas siasatan telah dibuka berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini dalam tempoh bermula 26 Oktober sehingga semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, laporan yang diterima itu adalah membabitkan pelbagai kesalahan antaranya seperti fitnah dan rusuhan.

“Bagi jumlah permohonan permit pilihan raya yang telah diluluskan adalah sebanyak 369 permit yang direkodkan sehingga semalam.

“Hasil pemeriksaan di semua kempen yang dijalankan mempunyai permit dan tidak melanggar syarat kempen yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata, pihaknya menyeru agar semua parti politik yang bertanding untuk membuat permohonan kelulusan permit terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa kempen dan ceramah.

“Pihak polis juga menyeru agar mematuhi semua syarat-syarat permit yang telah ditetapkan seperti tiada unsur provokoasi, fitnah dan perkauman.

“Selain itu, kita juga meminta agar semua penyokong masing-masing menjaga tatalaku dan tidak melanggar undang-undang ataupun memulakan pergaduhan,” katanya.

Katanya, semua penyokong yang hadir kempen atau ceramah perlu mematuhi peraturan lalu lintas dengan tidak membuat halangan lalu lintas. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular