Oleh NICK ABDUL RAHMAN
KINABATANGAN : Kenderaan perdagangan dan lori tidak dibenar melalui Jalan Kinabatangan ke Lahad Datu di Kilometer 65 hingga Kilometer 137 pada hari pengundian esok.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, laluan berkenaan adalah dari Bulatan Bukit Garam hingga ke Kampung Paris Satu.
Katanya, jalan utama tersebut ditutup kepada kenderaan perdagangan bermula jam 7 pagi hingga 5 petang.
Tegasnya, langkah berkenaan terpaksa diambil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas disebabkan terdapat tiga buah pusat pembuangan undi berdekatan jalan utama tersebut.
“Jalan yang dimaksudkan bermula dari kilometer 65 hingga kilometer 137, dimana ada tiga saluran khusus iaitu di SMK Bukit Garam 1, SMK Bukit Garam 2 dan SK Kota dimana terdapat sebanyak 21 saluran,.
“Ketiga-tiga pusat tempat mengundi ini berdekatan, Jadi dinasihati kepada kenderaan berat tidak menggunakan jalan tersebut pada ketika proses pengundian.
“Bagi masyarakat tempatan jangan meletakkan kereta sewenang-wenangnya di bahu jalan kerana ini akan menyebabkan kesesakan pada tempoh tersebut,” katanya.
Dzulbaharin berkata, kenderaan kecil dan persendirian masih dibenarkan melalui jalan terbabit. – SABAH MEDIA