HomeUtamaPRU15: Proses pengundian di DUN Bugaya dan Parlimen Semporna berjalan lancar

PRU15: Proses pengundian di DUN Bugaya dan Parlimen Semporna berjalan lancar

Read Time:1 Minute, 9 Second

SEMPORNA: Hujan tidak menghalang pengundi bagi kerusi DUN Bugaya dan Parlimen Semporna menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat dan pemimpin negara.

Pengundi seawal jam 7 pagi telah hadir ke pusat pembuangan undi dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya membenarkan proses pengundian dilakukan bermula jam 7.30 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Juraimin Jadil berkata, bagi DUN Bugaya sebanyak 10 pusat mengundi dibuka membabitkan 57 saluran dengan 32,752 pemilih di kawasan itu.

“Walaupun cuaca hujan tapi tidak begitu lebat cuma hujan renyai-renyai dan kita berharap pengundi akan turun menunai tanggungjawab,” katanya ketika ditemui di SK Bubul hari ini.

Sementara itu dua calon bagi kerusi DUN Bugaya masing-masing membuang undi di SK Bubul iaitu calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Mohd Ibno dan calon Pakatan Harapan, Arastam Im Pandorog.

Manakala lima lagi calon Jamil Hamzah (WARISAN) di SK Pekan Semporna, Julfazli Shi Ahmad @ Tongko (Bebas) dan Karil Pg Kuraini di SK Tanjong Kapor, Nazmahwati Walli (Parti Bangsa Malaysia) di SK Sungai Tohok dan Mohd Hassan Abu Bakar di SK Bum-Bum.

Calon BN, Abdul Aziz ketika ditemui selepas selesai membuang undi pada jam 9.15 pagi berharap proses PRU15 berjalan dengan lancar dan pengundi turun menunai tanggungjawab.

“Walau hujan tentunya ini adalah hujan rahmat dan sama-sama kita menunggu keputusannya nanti dan saya sebelum datang ke sini tadi saya melawat kubur arwah ibu dahulu,” katanya yang datang bersama anak perempuannya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kehadiran Fahmi Reza di Kota Kinabalu: Provokasi atau Kebebasan Bersuara, soal...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular