HomeUtamaPRU15 : Sedikit gementar, pengundi kali pertama kongsi pengalaman

PRU15 : Sedikit gementar, pengundi kali pertama kongsi pengalaman

Read Time:1 Minute, 52 Second

BEAUFORT : Keterujaan pengundi muda yang kali pertama menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan terserlah selepas ‘mencelup jari’ masing-masing di pusat mengundi yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mereka juga dilihat teruja untuk hadir ke pusat mengundi seawal jam 8 pagi bersama rakan-rakan, adik-beradik dan ahli keluarga bagi membuat pilihan pemimpin yang akan berada di tampuk pentadbiran negara.

Bagi seorang pekerja swasta, Nur Syazwani Hasly,26, yang tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Klias sekitar jam 11 pagi berkongsi rasa gembira kerana akhirnya berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Hari ini saya ditemani oleh kakak dan abang saya yang juga membuang undi di pusat mengundi sama di SMK Kota Klias, sudah tentu ini adalah masa untuk kami berkumpul selain sambutan Hari Raya.

“Sudah tentu saya berasa teruja kerana ini adalah masa untuk kita menunaikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang boleh mempertahankan hak negeri Sabah,” katanya kepada Sabah Media di sini hari ini.

Nur Syazwani yang membuang undi kira-kira jam 11.30 pagi itu mengakui berasa sedikit gementar sebelum melaksanakan tanggungjawab namun beliau telah melakukan kajian terhadap calon-calon dan pati yang bertanding  khususnya di kawasan Parlimen Beaufort.

Keterujaan sama turut dikongsi oleh kakaknya, Widya Hasly,36, yang turut gembira apabila dapat melaksanakan tanggungjawab kepada negara bersama adik-beradiknya.

“Ini adalah kali kedua saya membuang undi pada pilihan raya dan bezanya kali ini saya ditemani dua adik saya yang kali pertama mengundi dan seorang lagi telah tiga kali membuang undi.

“Jika ditanya gembira atau tidak, sudah tentunya saya gembira apabila kami sama-sama hadir untuk membuat pilihan memilih pemimpin yang dapat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, abang kepada Nur Syazwani, Mohd Dzul Ikhwan Hasly,31, berkata, ini merupakan kali ketiga beliau menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya.

“Teruja dan seronok kerana dapat mengundi bersama di saluran yang sama.  Sebelum ini kami kurang bersama atas kekangan jarak dan waktu.  Namun kali ini, kami bersama untuk hadir mengundi,” katanya.

Parlimen Beaufort menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Siri Aminah Aching; Dikin Musah (Pakatan Harapan); Matlani Sabli (Bebas); Johan @ Christopher Ot Ghani (Bebas); Masri Adul (Warisan) dan Datuk Johair Mat Lani (PKDM). – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular