HomeUtamaSekatan Jalan Raya Sebagai Kesiapsiagaan Omnipresence

Sekatan Jalan Raya Sebagai Kesiapsiagaan Omnipresence

Read Time:40 Second

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara secara penugasan 24 jam bermula 22 November 2022 sehingga satu masa ditetapkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah mendirikan SJR ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak atau siang hari,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai supaya memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR, terutamanya di luar waktu puncak.

“Masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular