HomeUtamaLKTNS serah dividen dan sumbangan kepada Kerajaan Negeri

LKTNS serah dividen dan sumbangan kepada Kerajaan Negeri

Read Time:49 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) menyerahkan lebih RM23 juta kepada Kerajaan Negeri membabitkan dividen dan sumbangan daripada agensi Badan Berkanun Kerajaan itu.

Penyerahan itu melibatkan jumlah sebanyak RM21,599,436.25 sebagai pembayaran pendapatan peneroka dan dividen peserta LKTNS bagi tahun 2022.

Majlis penyerahan Mock Cheque itu disempurnakan di hadapan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,  Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.

Penyerahan Mock Cheque itu telah diadakan bertempat di Bilik Danum, Tingkat 4, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan telah disampaikan oleh Pengerusi LKTNS, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.

Hadir sama Pengurus Besar LKTNS, Syaheddrul R Joddari dan Pengerusi Keningau Agro-Venture Sdn Bhd merangkap Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair.

LKTNS dan Keningau Agro-Venture Sdn Bhd masing-masing turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Kerajaan Negeri. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Rebut peluang pendidikan yang disediakan Kerajaan – Ruslan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular