HomeUtamaPelajar Istimewa Malaysia Menang SENIA Student Award Berjumlah RM 6,720

Pelajar Istimewa Malaysia Menang SENIA Student Award Berjumlah RM 6,720

Read Time:1 Minute, 39 Second

KENINGAU: Brigette Yasin, 17, pelajar berkeperluan khas bermasalah pendengaran dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah, telah menjadi rakyat Malaysia yang pertama memenangi anugerah paling berprestij bagi pelajar berkeperluan khas iaitu SENIA Student Award tahun 2022.

Ketua Kajian dan Inovasi, Kolej Vokasional Keningau, Dr Mohd Sirhajwan Idek berkata, anugerah itu merupakan pengiktirafan tahunan daripada Special Education Network & Inclusion Association (SENIA), persatuan pendidikan khas global yang berpusat di Kanada, kepada seorang pelajar istimewa Brigette Yasin atas sumbangannya memartabatkan komuniti berkeperluan khas.

Katanya, hadiah anugerah itu berupa wang tunai berjumlah USD 1500 yang bersamaan dengan RM 6,720 berserta plak, sijil dan slot berucap semasa persidangan dalam talian SENIA yang berlangsung dari 2 sehingga 4 Disember 2022.

“Brigette yang berasal dari Inanam mengambil kursus pembuatan pakaian di kolej tersebut dimana program itu diwujudkan khas untuk pelajar-pelajar istimewa yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

“Beliau terpilih sebagai pemenang anugerah ini kerana pencapaiannya dalam bidang sukan yang meliputi olahraga, permainan berpasukan dan sukan dalaman,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Dr Mohd Sirhajwan, Brigette merupakan pemenang pingat emas dalam acara larian pecut 400 meter dan naib johan dalam acara larian pecut 200 meter di kejohanan olahraga bagi pelajar berkeperluan khas peringkat negeri pada tahun 2022.

“Dia kemudiannya memenangi pingat perak di peringkat kebangsaan yang berlangsung di Selangor. Dia juga telah mengetuai pasukan sekolahnya yang terdiri dari pelajar-pelajar berkeperluan khas dalam pertandingan sukan futsal dan tenpin boling antara pasukan-pasukan di negeri Sabah.

“Dia bercita-cita untuk mewakili Malaysia di kejohanan sukan Paralympics di masa hadapan melalui acara larian pecut.

“Disamping itu juga, Brigette berperanan sebagai mentor yang membantu guru-guru pendidikan khas kolej itu melatih dan mengurus pasukan berkeperluan khas dalam latihan sukan yang dilaksanakan sepanjang tahun,” katanya.

Sementara, Pengarah kolej berkenaan, Johari @ Jaibet Sabin, meluahkan rasa bangga dengan pencapaian dan kemenangan pelajarnya itu.

“Ini merupakan bukti bahawa individu-individu berkeperluan khas memiliki bakat dan kemampuan tersendiri yang wajar diberi pengiktirafan dan penghargaan setaraf dengan mereka yang bukan berkeperluan khas,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KM minta tindakan profesional tangani isu di Sabah

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular