HomeUtamaKPD memperkasa pembangunan pertanian, ternakan ala desa

KPD memperkasa pembangunan pertanian, ternakan ala desa

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Koperasi Pembangunan Desa (KPD) dengan perancangan yang mapan akan dapat membantu mempertingkatkan pembangunan pertanian dan ternakan ala desa di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Raime Unggi berkata, menerusi kepimpinan peringkat pentadbir dan kakitangan, inovasi koperasi itu juga akan membawakan hasil kepada usahawan tempatan untuk bergiat dalam ekonomi berkonsepkan desa.

“Kita juga dalam pada masa yang sama akan membawakan naratif pembangunan ekonomi selaras dengan hala tuju SMJ yang dibawakan kerajaan negeri selaku pentadbir Negeri Sabah, “katanya ketika berucap bersempena majlis makan malam bersama warga KPD Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Raime turut menyeru supaya KPD untuk lebih terampil di masa hadapan bagi bergerak sebagai satu entiti membangunkan industri pertanian dan meminta warga KPD turut terlibat menyumbang idea serta strategi bagi memastikan koperasi itu terus relevan dari semasa ke semasa di Negeri Sabah.

“Justeru, pemerkasaan KPD menerusi pelan khusus dan perancangan demi perancangan, saya percaya KPD Sabah akan terus ke hadapan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular