HomeUtamaTanah runtuh : Laluan B66 ditutup untuk keselamatan pengguna jalan raya

Tanah runtuh : Laluan B66 ditutup untuk keselamatan pengguna jalan raya

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

HULU SELANGOR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di laluan B66 Batang Kali-Genting Hulu Selangor awal pagi tadi adalah melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, laluan itu kini telah ditutup atas arahan pihak berkuasa untuk keselamatan pengguna jalan raya.

“Hasil tinjauan dan pemeriksaan visual mendapati kawasan runtuhan tersebut melibatkan sebahagian dari jalan negeri B66 di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor iaitu sepanjang  lima meter dan pemeriksaan mendapati tiada rekahan terbuka pada permukaan pavement jalan.

“Jalan B66 kini telah ditutup atas arahan pihak Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor untuk keselamatan pengguna jalanraya. Orang awam boleh menggunakan laluan berdasarkan infografik di lampiran sebagai laluan alternatif buat masa ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alexander berkata, JKR dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan misi mencari dan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian.

Katanya, pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia telah berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Kerja-kerja penambahbaikan akan dilaksanakan berdasarkan agihan peruntukan yang diterima.

“Kementerian Kerja Raya dan JKR akan sentiasa prihatin keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pelancong China catat ketibaan antarabangsa tertinggi di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular