HomeIsu tempatanUSIA kaji semula perjanjian terdahulu, elak berlaku kerugian

USIA kaji semula perjanjian terdahulu, elak berlaku kerugian

Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

PUTATAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini bagi melihat bagaimana ianya dapat memberi keuntungan kepada pertubuhan itu.

Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad berkata, pertubuhan itu melalui Pelan Strategik Pembugarannya akan menjadi penggerak kepada diskusi ilmu dan penghayatan Islam selain memperkukuhkan pengurusan kewangan.

“Penjanaan pendapatan USIA akan diusahakan dengan memanfaatkan sumber sedia ada dan mempelbagaikan pendekatan yang berdaya maju termasuk mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai terdahulu tetapi merugikan USIA.

“Ini termasuklah yang melibatkan pembangunan asset dan hartanah milik USIA. Sebagai satu contoh klasik, tanah FMU seluas 10,000 ekar milik USIA yang telah dibuat perjanjian dengan Tabung Haji Plantation Sdn Bhd, sejak 18 tahun yang lalu.

“Dalam tempoh berkenaan, USIA langsung tidak mendapat sebarang hasil. Perjanjian seperti inilah yang sedang diperhalusi dan dikaji supaya USIA tidak terus menerus menanggung kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA ke-36 di sini semalam.

Sapawi berkata, selain itu beberapa aset USIA juga sedang bergerak di beberapa kawasan di negeri ini termasuklah di Lahad Datu; Sembulan dan beberapa tanah yang perlu kajian terperinci.

“Semua aset ini sudah tentu memerlukan kajian lebih terperinci supaya ia dapat memberikan keuntungan kepada USIA sebagai badan bukan kerajaan secara lebih berintegriti.

“Sudah tentu, kita mempunyai aset besar dari segi bangunan iaitu bangunan USIA lama di Sembulan.  Kita telah buat kajian dan membuat penilaian semula oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam keadaan selamat.

“Bangunan itu sendiri mempunyai aspek potensi untuk mendapatkan sumber kewangan iaitu dari segi iklan disamping beberapa tingkat telah dilamar oleh beberapa syarikat yang mempunyai potensi jangka panjang,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular