HomeIsu tempatanCI@UMS komited bantu guru, pelajar sekolah tingkat pengetahuan bahasa cina

CI@UMS komited bantu guru, pelajar sekolah tingkat pengetahuan bahasa cina

Read Time:1 Minute, 39 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Confucius Institute Universiti Malaysia Sabah (CI@UMS) komited dalam membantu guru-guru dan pelajar sekolah khususnya di negeri Sabah dalam meningkatkan pengetahuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina.

Pengarah (China) CI@UMS, Prof. Madya Deng Rong berkata, institut tersebut telah menjalankan pelbagai aktiviti dan kursus bagi tujuan tersebut.

“CI@UMS sentiasa membuka ruang kerjasama dengan pelbagai pihak bagi mencapai matlamat meningkatkan penguasaan bahasa Cina serta mengukuhkan pengetahuan budaya Cina dalam kalangan masyarakat.

“Ini termasuk penganjuran aktiviti berbentuk pertandingan yang dibuka kepada sekolah sekitar negeri Sabah, serta menerima lawatan daripada pihak sekolah mahupun institusi pendidikan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima lawatan rombongan dari MRC Pusat Perkembangan Minda Gemilang (MRC, PPMG) dari Donggongon, Penampang baru-baru ini.

Deng Rong turut mempelawa pelajar bumiputera yang fasih berbahasa Cina untuk mewakili CI@UMS dalam pertandingan Jambatan Bahasa Mandarin peringkat kebangsaan pada tahun hadapan.

“Kami juga mengalu-alukan para guru untuk meningkatkan pengetahuan pengajaran Bahasa Cina di CI@UMS, dan bagi guru yang berminat melanjutkan pelajaran ke universiti di China, CI@UMS sedia membantu bagi proses permohonan biasiswa,” kata Deng Rong.

Dalam pada itu, seramai 26 orang pelajar sekolah rendah yang diiringi oleh 5 orang guru dari MRC PPPG menyertai lawatan yang diketuai gurunya, Steven Lim.

Menurut Steven, tujuan lawatan rombongan tersebut adalah untuk memupuk dan meningkatkan semangat belajar bahasa Cina serta mendalami budaya Cina dalam kalangan pelajarnya.

“Lawatan ini juga diharap dapat memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus tekun belajar agar dapat mencapai cita-cita untuk menyambung pengajian ke universiti pada masa akan datang,” katanya.

Pada sesi lawatan tersebut, guru profesional bahasa Cina di CI@UMS, Zhang Chen telah menyediakan aktiviti “sudut bahasa Cina” bagi menghiburkan sambil mempelajari budaya Cina kepada pelajar MRC, PPMG.

Memilih topik bertemakan topeng opera China, Zhang Chen terdahulu menerangkan asal usul Opera China, sebelum memberi penerangan kepada pelajar bagaimana melukis dan mewarna.

Rombongan turut dibawa melawat ke bilik pameran, perpustakaan dan bilik darjah CI@UMS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular