HomeUtamaKerjasama erat perlu diwujudkan pastikan sektor pertanian berdaya maju

Kerjasama erat perlu diwujudkan pastikan sektor pertanian berdaya maju

Read Time:1 Minute, 30 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Kerjasama yang lebih erat merentasi Kerajaan, jabatan, bahagian dan agensi perlu diwujudkan bagi memastikan sektor pertanian terus berdaya maju.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata, ia termasuklah dari segi pemasaran hasil tani yang merupakan komponen penting dalam memastikan kelangsungan rezeki pengusaha agro.

“Ia juga penting bagi meningkatkan kebolehcapaian (accessibility) makanan kepada pengguna, terutamanya bagi golongan yang memerlukan.

“Dalam mendepani cabaran bekalan makanan yang melanda negara sejak kebelakangan ini, salah satu azam saya adalah untuk menyerlahkan potensi wilayah Sabah dan Sarawak.

“Ini kerana kawasan pertanian yang luas dan pelbagai jenis tanaman yang boleh diusahakan selain menyumbang kepada keterjaminan makanan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah FAMA Sabah Ribin Wahid.

Foong Hin berkata, autonomi Sabah dan Sarawak dalam sektor pertanian juga mempersembahkan satu dinamik yang unik bagi kementeriannya dalam merumuskan satu usaha yang bersepadu di peringkat nasional.

“Kerjasama yang lebih erat merentasi kerajaan, jabatan, bahagian, dan agensi perlu kita wujudkan.

“Pada hari ini saya hadir ke sini untuk belajar. Oleh itu, saya menghargai segala input daripada agensi-agensi termasuk FAMA di Sabah,” katanya.

Terdahulu, dalam lawatan berasingan, Foong Hin turut mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah.

Katanya, masyarakat tani merupakan tunjang dalam menjamin rantai bekalan makanan dan kebajikan mereka harus dipelihara.

“Saya akan menjalankan libat urus secara berkala bersama agensi Kerajaan Persekutuan dan agensi Kerajaan Sabah dan Sarawak bagi memahami realiti dan cabaran pekerja dalam sektor tani.

“Ini termasuklah bagaimana untuk Kerajaan Persekutuan dapat memainkan peranan bagi menangani cabaran tersebut.

“Perkara ini turut saya tekankan semasa pertemuan dua hala bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, semalam,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular