HomeUtama73 Peratus prestasi projek Pan Borneo dicapai melibatkan 15 pakej

73 Peratus prestasi projek Pan Borneo dicapai melibatkan 15 pakej

Read Time:58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 peratus pencapaian secara keseluruhan prestasi yang telah direkodkan melibatkan 15 pakej projek Pembinaan Lebuh Raya Pan borneo yang sedang berjalan di Sabah.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, dua pakej telah siap dan boleh digunakan oleh pengguna iaitu pakej 5 dan juga pakej 27 di sebelah Sandakan dan Kinabatangan.

“Manakala beberapa pakej lagi akan dijangka siap awal tahun depan dan seterusnya yang lain kalau tidak mungkin penghujung 2024 untuk 15 pakej yang sedang berjalan, manakala satu lagi pakej 9 sekarang dalam proses mungkin pemberian ataupun pelantikan kontraktor,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat dan mengimbas kad perakam waktu (clock-in) hari pertama sebagai Menteri Kerja Raya di bangunan kementerian Kerja Raya pada jam 8.50 pagi, hari ini.

Terdahulu, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri III diberi penerangan tentang Kementerian Kerja Raya dan jabatan-jabatan dalam kementerian tersebut sebelum memulakan tugas hari ini.

“Daripada sesi penerangan yang telah diberikan tadi, saya boleh memahami fungsi-fungsi dan dasar-dasar kementerian dan cuba bertindak untuk menangani ataupun perbaiki isu-isu yang ada di kementerian ini bagi memastikan kita dapat memberikan perkhidmatan kepada Negeri Sabah ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular