HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot bawa barang kawalan tanpa permit

Maritim Malaysia tahan bot bawa barang kawalan tanpa permit

Read Time:52 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

SANDAKAN:  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot penumpang yang membawa barang kawalan tanpa permit yang sah di perairan Sandakan, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, pihaknya telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sebelum diarahkan berhenti untuk tujuan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan, bot dengan enjin sangkut 200 kuasa kuda yang didaftarkan untuk tujuan membawa penumpang dikendalikan seorang lelaki warga tempatan berumur 34 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke dalam bot seterusnya menemui 13 tong gas LPG 14 kilogram setiap satu dan 24 tong berisi 25 liter minyak petrol setiap satu tanpa permit yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Zainudin berkata, kesemua barang kawalan beserta bot dan pemandu ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk barang kawalan, bot dan enjin sangkut sekitar RM35,000.

“Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular