HomeSukanAktiviti sukan tingkatkan perpaduan dan amalan gaya hidup sihat

Aktiviti sukan tingkatkan perpaduan dan amalan gaya hidup sihat

Read Time:56 Second

TUARAN: Aktiviti sukan bukan saja mampu menjadi medan untuk membentuk dan meningkatkan kerjasama serta perpaduan dalam kalangan rakyat, malah berupaya dijadikan satu amalan dan gaya hidup sihat.

Sehubungan itu Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag mahu Kejohanan Bola Jaring Terbuka ini akan diteruskan dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan masyarakat yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa depan.

“Di samping itu, aktiviti sukan juga dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, dan membina semangat berpasukan.

“Saya berharap penganjuran kejohanan ini bukan sahaja dapat membantu mempopularkan sukan bola jaring, malah sebagai platform untuk mencari dan mengenal atlet pelapis dalam sukan itu di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag di Dewan Sri Sulaman, di sini pada Ahad.

Juliah berkata, secara peribadi beliau amat menyokong penganjuran program dan aktiviti berorientasikan sukan seperti bola jaring kerana ia dapat membentuk dan meningkatkan semangat kerjasama berpasukan dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama di negara ini, khususnya di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

JUM bantu usahawan muda Membakut tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular