HomeIsu tempatanLebih 1,000 tetamu meriahkan sambutan Tahun Baru Cina di Kudat

Lebih 1,000 tetamu meriahkan sambutan Tahun Baru Cina di Kudat

Read Time:44 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUDAT : Lebih 1,000 tetamu terdiri dari pelbagai kaum dan agama sekitar daerah ini hadir memeriahkan sambutan Pesta Tahun Baharu Cina 2023 yang diadakan di Dewan Tun Mustapha di sini baru-baru ini.

Majlis itu disempurnakan Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda.Verdon berkata, kemeriahan sambutan itu memperlihatkan keharmonian serta kesatuan dalam kepelbagaian kaum dan keunikan budaya yang perlu diteruskan oleh generasi akan datang.

“Justeru, saya menyeru masyarakat agar terus memelihara budaya dan perpaduan antara kaum melalui perayaan.

“Tumpuan utama saya sebagai wakil rakyat adalah sedaya upaya membantu semua lapisan masyarakat yang menghadapi kesusahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan berkenaan, di sini semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kudat, Bakri Nanun, Pegawai Eksekutif, Lembaga Bandaran Kudat, Mumin Amsah, Ketua Persatuan Cina Malaysia (MCA) Daerah, Lee Sip Kim dan ketua-ketua persatuan dan pertubuhan Cina Daerah Kudat. –

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular