HomeUtamaPerutusan Ketua Menteri Sabah Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2023

Perutusan Ketua Menteri Sabah Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2023

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan kepada masyarakat Tionghua untuk menganjurkan aktiviti kebudayaan mereka, termasuk Tahun Baharu Cina.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perayaan itu juga turut diraikan bersama rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Kita bersyukur kerana masyarakat Tionghua dapat menyambut dan meraikan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, dalam suasana aman, harmoni dan penuh muhibah.

“Dalam Zodiak Cina, 2023 menandakan Tahun Arnab – haiwan yang dikaitkan dengan keamanan, kemakmuran dan umur panjang.

“Tahun Arnab juga menandakan tahun harapan yang sememangnya amat tepat apabila kita keluar daripada tempoh dua tahun pandemik yang mencabar.

“Semoga Tahun ini akan membawa lebih banyak keharmonian, kemajuan ekonomi dan kemakmuran kepada rakyat serta negeri Sabah,” katanya dalam satu perutusannya hari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023.

Hajiji dalam perutusannya turut menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tionghua di negeri ini.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan keluarga, saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tionghua dan yang meraikannya di negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular