HomeUtamaSabah mampu kecapi pembangunan, bina semula ekonomi selepas pandemik COVID-19

Sabah mampu kecapi pembangunan, bina semula ekonomi selepas pandemik COVID-19

Read Time:1 Minute, 1 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Sabah mampu mengecapi pembangunan yang diharapkan selain membina semula ekonomi negeri selepas pandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, ia adalah selari dengan tahun Arnab dalam kalender Cina yang menjanjikan harapan, kemajuan dan kemakmuran.

“Dalam budaya kaum Cina, zodiak arnab yang disambut tahun ini adalah simbol harapan, tuah dan kemakmuran.

“Saya percaya perkara buruk yang berlaku akan berakhir selepas negara kita pulih daripada penularan pandemik COVID-19 dan sudah tiba masanya membina semula ekonomi negeri kita,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina di sini.

Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata, perayaan Tahun Baharu Cina bukan hanya disambut oleh masyarakat Tionghua malah ia juga turut diraikan oleh semua kaum yang menandakan simbolik kepada perpaduan suatu kaum.

Katanya, perpaduan dalam kepelbagaian kaum adalah keunikan di negeri ini dan ia telah diamalkan sejak beberapa dekad yang lalu.

“Kita telah membuka semula pintu masuk kepada semua pelancong antarabangsa terutamanya negara China, ke arah mencapai ekonomi yang mampan.

“Mari kita memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada tahun ini dan semua pihak perlu memainkan peranan dengan berkesan bagi meremajakan dan mengekalkan reputasi pelancongan Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular