HomeUtamaCubaan seludup 17 tong gas LPG gagal

Cubaan seludup 17 tong gas LPG gagal

Read Time:1 Minute, 17 Second

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo tempatan yang membawa muatan tong gas Liquid Petroleum Gas (LPG) berisi tanpa sebarang permit pada jam 6 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot kargo dalam keadaan mencurigakan bergerak laju dari Perairan Tawau menuju ke Pulau Sebatik.

Katanya, hasil pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 0.7 batu nautika utara Muara Sungai Melayu tersebut mendapati seorang warga tempatan berusia 22 tahun bertindak selaku juragan bot dan membawa muatan 17 tong gas LPG 14 kilogram berisi yang dibalut dengan guni.

“Pemeriksaan ke atas dokumentasi seterusnya mendapati juragan tersebut gagal mengemukakan permit serta lesen yang sah berkaitan barang kawalan yang dibawa.

“Juragan,bot serta muatan tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM28,000.

Katanya, penguatkuasaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang khususnya di perairan Tawau.

“Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi,” katanya.

Tambahnya, sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular