HomeUtamaKerjasama Sabah, Jepun dalam sektor pelancongan diyakini dapat dilaksanakan

Kerjasama Sabah, Jepun dalam sektor pelancongan diyakini dapat dilaksanakan

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri yakin pelbagai kerjasama akan dapat dilaksanakan antara Sabah bersama negara Jepun termasuklah pelancongan, pemuliharaan alam sekitar dan pendidikan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, pihaknya turut mengalu-alukan lebih banyak penerbangan terus dari Jepun ke negeri ini.

Katanya, ia adalah bagi memudahkan pelancong datang bagi menikmati keindahan alam flora dan fauna di Sabah.

“Selain itu, kami juga ingin mengundang pengunjung dari Jepun datang ke Sabah menyaksikan sendiri sambutan Pesta Kaamatan tahun ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyatakan hasratnya menjemput lebih ramai rakyat Jepun ke Sabah, semasa kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Takahashi berkata, pihaknya akan bekerjasama untuk mempromosikan negeri ini di Jepun sambil menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melawat ke negara matahari terbit itu.

Takahashi juga berminat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan mengadakan pertukaran pelajar antara Jepun dan Malaysia. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular