HomeUtamaKePKAS seru jabatan, agensi main peranan pastikan sektor berkaitan terus diperkasa

KePKAS seru jabatan, agensi main peranan pastikan sektor berkaitan terus diperkasa

Read Time:2 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menyeru agar semua jabatan dan agensi di bawahnya memainkan peranan penting dalam memastikan sektor berkaitan diperhebatkan dan terus diperkasakan.

Menterinya Datuk Christina Liew berkata, ia termasuklah sektor pelancongan, kebudyaan dan kesejahteraan alam sekitar di negeri ini.

Katanya, agenda ini sangat penting bagi perkembangan sektor ekonomi dan sosial terutamanya sektor pelancongan di Sabah serta di ekonomi Malaysia.

“Impak isu kekurangan sumber manusia, peruntukan yang terhad dan kesedaran masyarakat dalam sektor pelancongan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung bagi menaikkan industri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar di negeri ini kekal relevan di mata dunia.

“Semasa kita sibuk mempromosikan destinasi kita, kita mesti sentiasa ingat bahawa terdapat keperluan asas yang perlu kita usahakan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan dan kebersihan tempat-tempat dan lokasi pelancongan di Sabah. 

“Dalam kesungguhan untuk mempromosikan pelancongan berasaskan komuniti, saya berharap warga KePKAS terus mengekalkan persekitaran dan menjalankan amalan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KePKAS bersama agensi di sini semalam.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai.

Christina berkata, Sabah telah menerima lebih 1.5 juta pengunjung setakat November 2022 dan jumlah itu telah melebihi 1 juta sasaran pengunjung yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. 

Katanya, pencapaian ini adalah hasil komitmen dan kesungguhan daripada Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dalam melaksanakan ‘Strategic Tourism’ dan ‘Promotion Marketing Plan Post-Pandemic’.

“Misi Kementerian ini adalah menjadikan industri pelancongan sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri Sabah selaras dengan hasrat Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kementerian ini juga bertanggungjawab dalam memastikan perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar lebih bersih, sihat dan selamat, dan sudah pastinya pemuliharaan warisan semula jadi dan budaya untuk masa depan negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Christina berkata, kementerian akan menyertai lawatan kerja  ke Jilin China dimana pertemuan bersama Jilin Department of Culture and Tourism di China akan diadakan.

Katanya, pertemuan itu adalah bagi membincangkan pembukaan laluan penerbangan baharu di antara bandar Kota Kinabalu dan bandar Jilin selain mengenalpasti “Cross Promotion” di antara dua bandar (MM2H).

“Lawatan ini juga bertujuan untuk mengadakan kerjasama Pelancongan dan Pelaburan antara Wilayah Jilin, China dengan kerajaan negeri Sabah.

“Selain itu, ini merupakan persediaan bagi satu perjanjian persefahaman (MoU) Tourism, Infrastructure, Agriculture, Education dan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri. Diharapkan melalui usaha ini kita dapat mengembangkan lagi sektor pelancongan di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular