HomeSukanLahad Datu tuan rumah Sukan Kerajaan Tempatan bermula Isnin ini

Lahad Datu tuan rumah Sukan Kerajaan Tempatan bermula Isnin ini

Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Sebanyak lapan zon terdiri daripada 25 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan majlis perbandaran di negeri ini akan menyertai Sukan Kerajaan Tempatan (SKTS) Ke-13 Negeri Sabah.

Sukan yang akan berlangsung di Lahad Datu bermula Isnin ini akan diadakan selama enam hari.

Sukan dwi-tahunan ini akan dilancarkan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih manakala acara penutupan akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Sukan yang dianjurkan setiap dua tahun sekali itu kali terakhir telah diadakan pada 2019 bertempat di daerah Ranau.

Tujuan penganjuran sukan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara KKTP dan semua agensi di bawahnya.

Para peserta dari seluruh Sabah akan dibahagikan kepada lapan zon iaitu Zon 1 (Hitam) yang terdiri daripada KKTP, JPBW, LPPB, MD Penapang dan MD Putatan; Zon 2 (Biru) – Majlis Perbandaran (MP) Sandakan; Zon 3 (Jingga) – MP Tawau; Zon 4 (Maroon Putih) – MD Kuala Penyu, MD Beaufort, MD Papar dan MD Sipitang; lain-lain zone ialah Zon 5 (Hijau) – MD Tuaran, MD Kota Belud, MD Kota Marudu dan Lembaga Bandaran Kudat; Zon 6 (Ungu Putih) – MD Keningau, MD Tenom, MD Tambunan dan MD Nabawan; Zon 7 (Kuning) – MD Ranau, MD Beluran, MD Kinabatangan dan MD tongod; dan Zon 8 (Merah) – MD Semporna, MD Lahad datu dan MD kunak.

Sukan pada tahun ini melibatkan tiga Penganjur Bersama iaitu MD Lahad Datu, Semporna dan Kunak (Zon 8 ), di mana Lahad Datu bertindak sebagai tuan rumah SKTS.

SKTS ke-12 yang lalu telah dimenangi oleh Zon 5 yang terdiri daripada Majlis Daerah (MD) Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Lembaga Bandaran Kudat dan Pitas. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular